SOALAN TENTANG STUDY OVERSEA DARI TWITTER,FB & INSTAGRAM





Assalamualaikum,



Apa khabar semua? Sihat tak? Huh sorrylah busy sikit dengan nak final exam semua kan. So, ramai tanya aku dekat FB, Twitter and Instagram...



"Best tak study oversea?"
"Susah tak nak adapt dengan pembelajaran dekat sana?"
"Environment dekat sana macam mana?"
"Mahal ke kos nak study sana?"
"Macam mana ko apply study oversea sebab ko kan dari diploma?"
"Susah tak nak dapat makanan halal?"
"Ramai ke orang/pelajar Malaysia?"
"Kelayakan nak sambung oversea, perlukan muet or ielts tak?



HUH, KAU ! Macam-macam orang dm sampai saya tak ada masa nak reply semua soalan korang, minta maaf kepada sesiapa yang saya tak sempat nak reply mesej korang tu. Minta maaf sangat-sangat sebab saya busy sangat dekat sini bukan tak nak reply. So, harini saya nak share sikit apa rasanya study oversea ni. Nanti lepas final exam, saya akan share HOW TO APPLY TO STUDY OVERSEA, okay? I promise :P





1. BEST TAK STUDY OVERSEA?

Gila tak best ! Orang gila kalau datang oversea pun akan cakap best, sebabnya nak datang sini pun naik flight kan. Actually selama hidup 22 tahun, saya tak pernah naik kapal terbang, bayangkan jantung berdegup kencang dup dap dup dap nak naik flight masa first time nak study dekat Australia ni. Huh, Allah jer tahu betapa berdebarnya jantung saya, maybe suka sangat tengok movie kapal terbang terhempas, mulalah fikir macam-macam astaghaa :P Masa mula-mula datang sini, aku kemain lagi berjalan sana-sini, tengok mat salleh minah salleh huh cuci lah mata kau sepuas hati. University of Queensland pun terkenal dengan kubu dia yang lawa tu kan :P





2. SUSAH TAK NAK ADAPT DENGAN PEMBELAJARAN DEKAT AUSTRALIA?

Huh, yang ni jangan cakaplah! Masa first class excited gila tapi bila dengar lecture cakap OMAK AIII DIA PUNYA ACCENT ! Aku pun tak berapa nak faham, sebabnya lecture & tutor saya ada dari Australia, UK, USA, Sepanyol, Vietnam, France & etc. Bayangkan betapa banyak negara yang semuanya lain-lain accent, lepastu semua cakap laju-laju, ehh sabar jerlah. Dah biasa kan masa dekat UiTM Lendu dulu, lecture cakap English tapi kalau tak faham, suruh Madam cakap Melayu. Kat sini, kalau tak faham, takkan hang nak suruh depa semua explain Bahasa Melayu? Uish, menangis jugalah cerita dia sebab tak faham apa dia ajar, tak faham apa dia merepek sorang-sorang :P Tapi dah lama-lama alhamdulilah, bolehlah faham sikit-sikit, tapi lama-lama jadi bukit yer dok?





3. ENVIRONMENT DEKAT AUSTRALIA MACAM MANA?

Sejujurnya, bagi aku...environment dekat sini lebih kurang sama macam kat Malaysia. Ada tempat yang menarik nak melancong, ada shopping complex, sini H&M, Uniqlo and Cotton On lagi murah so saya selalu shopping sini :P Tapi, biasalah kalau ada party semua, kadang-kadang balik malam-malam dari library terserempak orang mabuk sebab kat sini ramai berparty hari jumaat HAHAHAHA. Tapi mama saya pesan, tak kisahlah kat mana pun kita kena campak, yang penting kena jaga diri, ingat matlamat kita sampai sini, nawaitu kena ikhlas, nak berkawan boleh tapi ingat semua batasan kita. Alhamdulilah, saya dekat sini makin hari makin bertambah lebih baik. Kadang-kadang kita kena hormat sebab itu memang gaya hidup diaorang, cuma kita sebagai umat Islam, kenalah pandai bawa diri jangan terpesong okay? :)





4. MAHAL KE KOS NAK STUDY DEKAT AUSTRALIA?

Okay, kalau nak dibandingkan dengan daerah yang lain, Queensland ni boleh dikatakan murah jugalah dari segi kos hidup dan sewa rumah. Kalau dekat Sydney rumah sewa paling murah yang dekat dengan uni sebulan $500, rumah aku sebulan $392 dekat gila dengan uni, pergi kelas jalan kaki 8minit dah sampai, kalau naik kereta 2 minit jer kot :P HAHAHAHA !!! Kalau untuk international students, tak silap saya SATU SUBJEK dalam lebih kurang $4000 = RM12,000 dan kita kena ambil 4 subjek satu semester untuk Undergraduate (Degree) . Itu baru subjek belum lagi termasuk bil-bil lain. Alhamdulilah, aku dapat Petronas Scholarship, so semua tu ditanggung. Petronas yang bayar yuran saya termasuk yuran subjek, insurans untuk international students and setiap bulan kami dapat elaun sebanyak $1400. Lain biasiswa, lain-lain elaun yang dapat. Elaun ni dapat even kami tengah winter or summer break :) (nanti aku cerita lagi lanjut pasal biasiswa ok)





5. MACAM MANA APPLY STUDY OVERSEA DARI DIPLOMA?

Huh, yang ni aku pernah share dekat twitter aku. So, siapa yang nak tahu lebih lanjut boleh lah baca lebih lanjut dekat twitter aku https://twitter.com/aniszahirah94  I will help everyone who has a big dreams like me :) Don't afraid to dream high okay, remember that Allah always helps us if we struggle and never give up on him.





6. SUSAH TAK NAK DAPAT MAKANAN HALAL?

Okay, kalau study oversea semua ingat susah nak dapat makanan halal semua kan kan? aku dulu ingat nanti dah sampai sini mesti kurus sebab tak dapat makanan Malaysia. Tapikan bila dah sampai sini, berat aku makin bertambah tau, masha-Allah :) Sebabkan kat sini ada ASIAN MARKET, so macam kicap manis ke, lada sulah ke, nak rempat ratus beribu raban semua ada dekat sini, santan kotak pun ada, maggi pun ada cumanya harga akan lebih mahal lah dari Malaysia. Gila apa tak nak masak makanan Malaysia dekat sini? Cuma kalau nak durian malaysia, buah rambutan, tempoyak, serunding memang tak ada lah kak kat sini. Kena banyak bersabarlah yer, dah nama hidup oversea, jangan terkejut dekat Australia ni, penduduk depa semua makan nasi tau dengan kuah curry kuah kicap, siapa kata depa tak makan nasi? Kawan baik aku, Breanna suka sangat makan nasi beriani tau. Hahahahaha tapi portion makanan dekat sini sangatlah banyak boleh share dua orang :)



7. RAMAI KE PELAJAR/ORANG MALAYSIA DEKAT AUSTRALIA?

Yang ni masa aku mula-mula sampai memang tak sangka yang Uni of Queensland, international students yang under biasiswa paling banyak adalah orang Malaysia. Kat sini kami ada group PPMQ, kat sini lah tempat orang Malaysia jual barang-barang, produk Malaysia, makanan Malaysia, sinilah tempat kami exchange currency from MYR to AUD or AUD to MYR, kat sini juga tempat kami berkumpul kalau ada event-event apa. Huh kat sini pun banyak Kelab Malaysia yang boleh join. Apparently, aku baru dilantik menjadi Liaison Director untuk KUA Brisbane. Memang best sebab nya ada kawan-kawan yang satu kepala, pelajar-pelajar Malaysia pun ramai yang sporting ada friendly so tak ada lah rasa alone sangat :P



8. KELAYAKAN UNTUK SAMBUNG DEGREE OVERSEA, PERLU MUET ATAU IELTS TAK?

Kat sini aku nak cakap, kalau korang nak sambung oversea kena banyak buat research, sebab dulu saya usaha gila-gila untuk sampai ke tahap ini, sebab kadang-kadang saya dapat soalan yang saya rasa awak boleh jer GOOGLE sendiri, sekarang zaman teknologi tinggi, kalau GOOGLE semua information kita boleh dapat. Sebab saya under scholarship, saya kena ada Muet atau Ielts. Boleh guna antara satu tu, tapi sebenarnya untuk Uni of Queensland, dia tengok result BI dalam SPM kita, kalau perasan ada tulis GCE-O-LEVEL dekat sijil kita tu. Huh itulah dia, sekurang-kurangnya kena dapat C. Tapi kena google requirement sebab lain uni, lain syarat kelayakan dia. Kalau nak study dekat UK kena guna IELTS, kalau USA guna TOEFL, and ada yang tak minta semua tu just SPM kita, tapi kalau nak apply biasiswa kena at least ada MUET. Kalau under FAMA(father mother) , guna SPM pun dah okay.

THAT'S ALL !

Kalau ada lagi soalan yang nak ditanya, bolehlah pm aku dekat insta or twitter okay :) InshaAllah nanti ada masa aku akan reply okay :) Thanks for those who support me :')



Cheese,

AZ

















Comments

Baru baca kau punya blog ni hah. Power gila kau. Yela memang rezeki Allah bagi tapi atas effort kau. Inspiring! Daebak! Keep it up sisthor
Anis Zahirah said…
Azammmmmmmm !!!!!! Kau jangan buat aku sedih kat sini terharu pula aku wehh dapat kawan macam kau. Thanks brother :) Doakan aku grade dengan jayanya. Aminnnn..
Anonymous said…
Hi, I'm sorry if this is not a good question tapi macam mana dengan penerimaan muslim di sana? Sekarang ada banyak kes racism dan penindasan terhadap muslim.Risau juga. Ini salah satu yang saya baca. : http://www.smh.com.au/national/muslims-on-what-its-like-to-live-in-australia-20160429-goi953.html