Macam mana nak jadi positif?










Macam mana nak jadi positif kalau banyak sangat orang negatif di sekeliling kita?




1) Pedulikan orang-orang yang NEGATIF !!


Orang yang negatif ialah orang yang sentiasa menjatuhkan impian dan semangat kita. Mereka ini adalah orang sentiasa berkata TIDAK, TAK BOLEH, TAK MUNGKIN TERJADI dan macam-macam lagi. Kita memang akan sentiasa berdepan dengan orang yang sebegini. Bila mereka kata kita tak boleh, impian kita terlalu besar untuk dicapai, kita haruslah lawan kata-kata mereka tadi dengan berkata positif. InshaAllah aku boleh, Allah yang menentukan segalanya, aku yakin dengan Allah, AKU BOLEH LAKUKAN ! TIADA YANG MUSTAHIL JIKA ALLAH BERKATA KUN FA YA KUN ☺☺




2) Buktikan kepada mereka tentang kejayaan kita.


Bukan senang nak tutup mulut orang yang negatif ini. Kalau mulut sendiri inshaAllah boleh tutup. Buah mulut orang takkan boleh ditutup! So, biarlah mereka nak cakap apa, nak cakap kita akan gagal tentang pendidikan, bisnes or rumah tangga kita. Biarkan mereka berkata negatif ! Buktikan mereka dengan KEJAYAAN KITA ! Ohh dia kata aku tak boleh! So, aku kena berusaha lebih keras, anggaplah ini satu batu loncatan untuk aku terus maju ke hadapan! Anggap ini satu cabaran dan aku pasti akan buktikan pada mereka KEJAYAAN AKU !!!




3) Jangan bersifat sama seperti orang negatif!


Jangan bersifat negatif dan buruk sangka tentang seseorang. Anda mungkin tidak perasan yang kadang-kadang anda pun menjatuhkan orang lain! Jangan sebegitu! Bila orang perlukan bantuan, nasihat atau ilmu pengetahuan, janganlah KEDEKUT! Dengan sentiasa memberi orang kata kata positif, dan nasihat yang positif maka kita akan sentiasa menjadi POSITIF! Itu yang bezakan kita antara orang yang positif dan negatif 💪🏻💪🏻💪🏻




4) Sentiasa melakukan ibadah


Kita kena ingat yang menentukan segalanya adalah Allah Yang Maha Esa! Bila kita mengaji Al Quran, berzikir, solat dhuha, solat tahjud, solat taubat, solat hajat, solat istikharah dan banyak lagi, maka akan datang aura-aura positif atau dipanggil aura Alpha yang akan merangsang tenaga dalaman kita.  Bila solat hajat pada sepertiga malam, berdoalah yang positif sahaja iaitu setiap impian dan cita-cita anda, inshaAllah Allah akan makbulkan doa anda! Tiada yang mustahil di dalam dunia ini, cuma kita je NAK TAK NAK JE MELAKUKANNYA!




Sentiasa berfikiran POSITIF dan bukan NEGATIF ! InshaAllah semua impian dan cita-cita kita pastikan termakbul. Amin ya Rabbi Al-Amin 






Ikhlas,

AZ


Comments