Macam mana nak sambung belajar di LUAR NEGARA untuk lepasan DIPLOMA?


Assalamualaikum,

Hari ini nak share sikit macam mana caranya nak sambung belajar di luar negara. Ramai yang tanya aku, boleh ke dari Diploma kita sambung belajar di overseas? Eh! Mestilah boleh, insha-Allah kalau memang rezeki kau, Allah akan permudahkan :) Yang penting kau kenalah berfikiran positif. Memang banyak dugaan, kau kena ingat...

Dugaan akan sentiasa datang...Itu adalah pasti kerana Allah sentiasa menguji hamba-Nya..So, kau kenalah tabah, kuat & bersabar dalam hadapi semua cabaran di dunia ini, okay? Pedulikan kata-kata orang yang negatif ni, biarkan mereka! Buktikan kepada mereka yang KAU BOLEH!!!!

So macam mana caranya? Huh..gejeng..jeng...jeng...yep..yeppppp!!!!!




1) CONTACT IDP AGENT

Huh, ramai tanya aku "APA ITU IDP AGENT?"
IDP AGENT ini adalah satu organisasi yang menguruskan pelajar-pelajar yang nak sambung belajar di luar negara seperti UK, Australia & New Zealand. Ataupun dipanggil "education agents". So, aku menggunakan servis mereka ini dari A sampai Z. Tak perlu risau, mereka tak cajs apa-apa bayaran pun. Semuanya FREE OF CHARGE. Nak aku ulang tak? FREE OF CHARGE ye anak-anak sekalian :) Kalau kau nak sambung belajar di UK, maybe kena bayaran untuk apply di universiti diaorang, tapi servis IDP AGENT ni memang FREEEEEEEEE !! 

*aku memang promote diaorang gila-gila sebab servis terbaik (patut bayar aku untuk marketing ni :P)

 Nak contact diaorang, boleh terus email atau call, paling cepat kau terus pergi dekat Branch mereka! Huh, serbu jer apa takut ? Aku suruh korang CONTACT IDP AGENT ini sebab nak tahu bila EDUCATION FAIR untuk tahun ini !!!!

JOM SERBU EDUCATION FAIR FROM OVERSEAS UNIVERSITIES....

*Apa itu "education fair"? Education fair ini macam expo pendidikan di Malaysia. Selalunya expo pendidikan, mereka yang dari universiti Malaysia kan? Tapi education fair ini semuanya dari universiti LUAR NEGARA..Tunggu apa lagi...

Alamat:

6th Floor, (West Block), Wisma Selangor Dredging, 142-C, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia

Tel no: 

+60 3-2162 3755

Click this link for more informations ---->  https://www.idp.com/malaysia/studyabroad





2) Dokumen untuk ke EDUCATION FAIR

Okay, dah tahu bila TARIKH & HARI untuk ke education fair? Kalau dah tahu, apa perlu korang bawa untuk ke situ? 

Ini dokumen-dokumen yang perlu dibawa,

*if korang tak konvo lagi just bawa:
~ Photostate ic (certified by lectures or ketua kampung)
~ Photostate MUET
~ Photostate SPM
~ Mini academic transcript
~ Course programme and code/outline

*if korang dah KONVO boleh bawa:
~ Photostate ic (certified by lectures or ketua kampung)
~ Photostate MUET
~ Photostate SPM
~ ORIGINAL academic transcript 
~ Course programme and code
~ Sijil konvokesyen
~ Course syllabus
~ Medium Instruction from HEA universiti

Dokumen ini PENTING untuk korang isi borang permohonan belajar di luar negara.So, time dekat education fair tu, korang apply lah semua universiti yang korang nak.

Note: Kadang-kadang kita yang dari DIPLOMA ini dapat banyak juga "CREDIT TRANSFER". 

*Apa itu CREDIT TRANSFER"? Senang cerita, subjek yang kita dah ambil dekat diploma dulu, tak perlulah diulang lagi sekali. So, korang tak payah ambil subjek korang dah ambil, jadinya tempoh pembelajaran akan jadi lagi pendek!!!




3) Tips untuk pilih universiti

Sebelum nak "apply" sambung belajar di luar negara, kenalah buat RESEARCH dulu, jangan korang main HANTAM jer apply ikut suka hati :P So, apa yang aku buat ialah aku search dulu universiti yang TOP 100 di dalam dunia. Sebab selalunya kalau korang nak apply biasiswa, pihak penaja akan mewajibkan pelajar "apply" sambung belajar di universiti yang TOP 100 di dalam dunia.

Dah tengok RANK universiti tu dah TOP 100 in the world, cuba korang check universiti di dalam negara tu TOP 10 tak? 

*Contoh: University of Queensland top 60 in the world, top 3 in Australia ranking. 

Dah check ranking dah okay, cuba check COURSE yang korang nak tu top ranking tak dalam universiti yang korang "apply"?

*Contoh: For the fourth consecutive year, The Economist has ranked The University of Queensland Business School’s Master of Business Administration Program number one in the Asia-Pacific region

Click for more informations about UQ ---> https://www.uq.edu.au/news/t/rankings



Dokumen-dokumen:


MEDIUM OF INSTRUCTION


MUET CERTIFICATE


MINI ACADEMIC TRANSCRIPT


COURSES CODE AND PROGRAMME


COURSE SYLLABUS (EVERY COURSES IN DIPLOMA)


SPM CERTIFICATE



ORIGINAL ACADEMIC TRANSCRIPT


P/S: sorry guys result SPM aku tak gempak macam orang lain, sebab tu perform betul-betul untuk Diploma and Alhamdulilah, Allah beri rezeki untuk aku capai impian aku sambung belajar di luar negara. Semua impian kita akan termakbul cuma kita jer nak tak nak berusaha. Untuk mereka di luar sana, jangan cepat mengalah dengan segala ujian yang diberiNya. Malah, kita kena lagi maju ke hadapan dan lalui segala ujian dengan ketabahan dan kesabaran. ALWAYS THINK POSITIVE, NO MATTER WHAT PEOPLE SAID ABOUT YOU !!!!!!!! :) CHEESE....



Dulu ramai cakap "MUSTAHIL" untuk aku capai impian aku, tapi dengan kekuasaan ALLAH..."TIADA YANG MUSTAHIL"...insha-Allah your dreams can be TRUE :)




Sincerely,

AZ




Comments

Anonymous said…
Salam. Original academic transcript tu bleh amik kat mana? HEA cawangan or Shah Alam(UiTM).
Anis Zahirah said…
Wasalam, original academic transcript kalau tak konvo lagi boleh ambil dekat HEA Uitm Shah Alam ,tapi kena bayar dalam RM10 or 20 tak ingat. Dia boleh pos atau boleh terus ambil sendiri. Tapi better call dulu sebelum nak ambil sebab dia makan masa sehari tak silap :)
Anonymous said…
Kiranya original tu bleh amik right away slpas kluar result kan?
Anis Zahirah said…
Yupp, betul tu ! Dah dapat result terus call Uitm shah alam bahagian konvokesyen ☺☺ cakap nak original academic transcript sebab nak tunggu konvo lama lagikan..
Anonymous said…
Hi, nak tanya medium of instruction tu boleh mintak anytime or tggu slps keluar result? Yg tu mintak dekat HEA cawangan je kan
Anonymous said…
Utk master kena bwk muet or ielts ?
Anis Zahirah said…
Hai there !!! Medium of instruction tu boleh minta dekat HEA cawangan sebelum keluar result pun boleh minta :) cakap jer nak apply study overseas. Nanti tunjukkan contoh gambar yang saya letak kat bahagian dokumen tu. Nanti pihak hea tahulah nak buat ayat apa ☺☺
Anis Zahirah said…
Untuk master, ada yang kena buat ielts ada yang tak...tapi majority depends on uni tu. Kena tanya dulu. Macam kawan saya ada yang study dekat Manchester, UK. Tak perlu ielts. So kena email uni tu tanya apa requirement dia nak ☺☺
Anonymous said…
Hi! First, nak tanya macam mana nak dapatkan course syllabus tu? Second, ranking University dan course yang kita akan ambil tu kita nyatakan dalam permohonan biasiswa eh? Lastly, boleh ke kita mintak medium of instruction tu awal before kita habis dip lagi sebab ada certain U haritu cakap dia terima je result transcript even sampai second last sem and kita dah boleh apply terus..
Anonymous said…
Salam, boleh tak nak mintak tips or info tentang scholarship untuk degree oversea after diploma ni. Tq :)
Anis Zahirah said…
Hai, firstly nak dapatkan course syllabus tu kena minta dekat HEA uitm shah alam, tak pun HEA Main University U. Sebab uni cawangan just sediakan course outline je :) Ha'ah nanti kat biasiswa dia ada bagi borang , then kena tulis uni apa yang kita nak. Sebab tu kena dapatkan offer letter :) Yupp, boleh je minta medium instruction bila-bila masa :) Memang certain uni dia terima, tapi nanti diakan minta juga result last diploma kita untuk tengok cgpa kita :)
Anis Zahirah said…
Wasalam, boleh nanti ada masa saya share kan tips nya okay :)
Anonymous said…
hello. I look further if u make the entry about ur life in aussie such as ur house and UQ itself. Thank you
Anis Zahirah said…
Hai, now im busy with my mid term but insha-Allah, i will make another entry soon :) Welcome
Anonymous said…
Salam Anis, perlukan ielts ke masuk Queensland?