Bagaimana nak skor di dalam Diploma Pengurusan Perniagaan Insurans, UiTM Lendu?



Assalamualaikum,

Hari ini anis nak share bagaimana nak skor di dalam Diploma Pengurusan Perniagaan,Insurans di UiTM Lendu? So, ramai tanya anis ambil kos apa sewaktu Diploma? Macam mana anis skor & bagus ke belajar dekat UiTM ini? Sebab ramai meragui tentang UiTM ni....

So, anis nak share yang banyak juga kebaikan belajar di UiTM. Walaupun ianya terbuka hanya untuk Bumiputera, tetapi banyak jugalah apa yang anis dapat belajar sewaktu Diploma. Lagipun, yuran UiTM antara yang murah, mungkin itu salah satu sebab kot :P

4 langkah mudah bagaimana nak skor di dalam Diploma Perniagaan ialah:

1) Sentiasa menumpukan perhatian di dalam kelas

Okay, sebab anis memang kurang buat revision di kolej(hostel) atau dimana saja anis berada. Anis memang akan tumpu sepenuh perhatian di dalam kelas. Apa yang lecture ajar, memang aku pandang jer muka lecture tu, huh ! Macam aku yang nak makan dia. Aummmm Aummm :P Kalau nak borak, tunggu masa rehat atau sebelum lecture sampai, memang bergosiplah sepanjang masa. Memekak memekik melolong itu memang kerja aku dalam kelas. Tapi bila lecture masuk kelas, memang aku duduk depan sekali sebab senang ilmu nak masuk :)

2) Sentiasa bertanya kalau ada benda yang tak faham

Aku kat UiTM Lendu dulu dikenali sebagai seorang budak yang mulut becok (maybe sampai sekarang kot) & ramai classmates aku annoying dengan aku sebab aku banyak gila bertanya dalam kelas. Boleh buat gaduh ahh cerita dia, sebab soalan aku macam-macam lah! Ini sebab aku taknak bawa balik benda yang aku tak faham , nanti aku stress belajar benda yang aku tak faham -.- Sampai kadang-kadang dalam kelas, lecture yang tanya aku dulu "Koko, you ada apa-apa nak tanya?". (koko itu nickname aku dari form1, jangan samakan aku dengan king koko please)

3)Sentiasa buat latihan dan Past Sem Questions

Kalau dah nak masuk final exam, memang aku akan buat banyak latihan terutama subjek kira-kira seperti Microeconomic, Statistic, Finance, Business Mathematics & etc. Kalau calculation ni, memang kena banyak buat latihan, kau tak boleh nak hafal jalan kira or formula je kalau kau tak tahu apa benda nak masukkan dalam formula tu. Untuk subjek teori macam Business Law, Property Law, Transportation Law, Insurance Law, selalunya aku fahamkan jer then aku buat ayat aku sendiri. UiTM kalau nak skor, kau buatlah soalan past sem berulang kali sebabnya soalan dia takkan lari, memang akan sama punya! Comfirm! (Pengalaman 3 tahu kate kooo..)

4)Sentiasa buat study group

Huh, ini memang paling aku rindu sebab aku jarang buat study group dekat Aussie ni. Kalau dekat Lendu, aku akan buat study group tiap kali nak final exam or ada test. Memang aku akan jemput budak kelas aku datang bilik aku or kadang-kadang diaorang yang datang bilik aku. Kadang-kadang penuh bilik sampai 8 orang, aku tukang explain semua benda. Rindunya zaman tu, sebab bila kawan kau tanya soalan yang kau tak tahu, nanti ramai-ramai akan cari jawapan. Best gila study group sebab nanti ada je kawan kau yang marah kalau main handphone (Zatul terutamanya) memang fokus teruk lah! Semua bawa buku, then bincang soalan past sem, bincang case study. 


p/s: Yang penting sekali time belajar ni, jangan kedekut ilmu! Kalau ada ilmu, kau share jerlah dekat semua orang. Paling happy bila budak group study aku ada yang dekan, semua skor subjek tu. Alhamdulilah Im happy for them :) Semoga kalian semua dipermudahkan urusan ketika belajar okay? Jangan mudah mengalah ! Jangan melangkah ke belakang, sentiasa melangkah ke hadapan :)


Ikhlas,
AZ
















Comments