SKYDIVING IN CAIRNS, QUEENSLAND, AUSTRALIA


Assalamualaikum,

Harini aku nak share sikitlah pasal trip aku ke Cairns, Queensland, Australia. Huh ! Nak tahu tak Cairns ni best sebab terkenal dengan GREAT BARRIER REEF iaitu “One of the 7 natural wonders of the world”. Tapi masa aku pergi ini musim hujan, kejap panas, kejap sejuk, kejap angin taufan, kejap hujan lebat & macam-macamlah.

Bersabarlah ye nakkkk !! Tapi apa-apa pun aku dah buat BUCKET LIST aku iaitu


SKYDIVING !!!!!

HUH KAU ! Terkejut tak? Hahahah aku macam tak percaya akhirnya ya Allah, alhamdulilah dapat juga aku buat skydiving dekat Cairns. Memang rasa berdebar pada mulanya, ialah nak terjun dari plane kot. Aku rasa macam James Bond dalam suicide mission weh ! Gilalah dia punya berdebar masa nak naik tu, aku memang SPEECHLESS habis !

Tapi cerita dia masa dah naik sampai atas awan, aku rasa macam dalam kayangan weh hahahahahah :P Sumpah dah tak rasa takut, masa dekat tepi plane nak terjun tu, aku tak berdebar pun, aku terkesima tengok keindahan ciptaan Allah dari atas awan tu, dah hilang rasa takut and IT WAS FUN!!!!!!!

Serious talk, masa kau tengok kaki kau terapung atas 14,000 kaki dari permukaan bumi, kau rasa macam DUNIA INI AKU YANG PUNYA…..Yeah baby :P Lepas ni apa-apa pun berlaku, aku dah tak takut dah, kita kena yakin dengan diri kita sendiri ! Biarkan orang nak cakap apa pasal kau, ini hidup kau ! Pastikan hidup kau penuh dengan cabaran baru dan pastikan kau capai apa yang kau nak!

So, price nak buat skydiving ni $424 australian dollar including videos and photos. Kalau convert dalam Rm1412. Jangan tanya aku macam mana aku saving, cerita dia aku tak makan luar dua bulan, aku masak setiap hari kau tahu !!! HAHAHHAHAHA aku langsung tak keluar sakan sebab nak buat skydiving. Tapi ianya memang berbaloiiiiiiiii….

Alhamdulilah ya Allah, lepas ni next bucket list: BUNGEE JUMPING :P






an adventurous traveller,
AZ


Comments